Wooooooowwww!!!!.....cannot believe it coz i just finished with my first game in C++.Actually,it is the Lab Test 1 question previously in my Fundamental of Programming course.We need to create the Guess Game.Although it was a very long and tough coding(i think!!)but i just use a simple function.However,I manage to finish it within 1 hour n half...and as a result,i've got full mark..Alhamdulillah...thanks Mr.Hilmi(my current Lecture).If you have any C++ software,you can try it...Suit urself....!!!
#include<iostream>
#include<conio.h>
#include<cstdlib>
#include<ctime>
#include<iomanip>
using namespace std;
void startGame();
void gameResults();
int a,b,life,mark,maxrand;
char c;
int main()
{
system("TITLE WELCOME TO MY FIRST GAME,(PLEASE ENJOY YOURSELF)!!");
system("COLOR F1");
cout<<setw(50)<<">*** HIGHLOW GAME ***<\n"<<endl;
cout<<"The aim of this game is to guess a number. You will be ask to type a number\n";
cout<<"(You have 6 guess n life)\n";
cout<<"The system then will tell you if this number is too High of too Low compared to the secret number to find\n\n";
startGame();
getch();
return 0;
}
void startGame()
{
a=0;
b=0;
life=0;
maxrand=6;
cout<<"Select difficulty mode:\n"; // the user has to select a difficutly level
cout<<"1 : Easy (0-30)\n";
cout<<"2 : Medium (0-50)\n";
cout<<"3 : Difficult (0-100)\n";
cout<<"or type another key to quit\n";
c=30;
cin>>c; // read the user's choice
cout<<"\n";
switch (c)
{
case '1' : maxrand = 30; // the random number will be between 0 and maxrand
break;
case '2' : maxrand = 50;
break;
case '3' : maxrand = 100;
break;
default : exit(0);
break;
}
life=6; // number of lifes of the player
srand( (unsigned)time( NULL ) ); // init Rand() function
b=rand()%maxrand; // j get a random value between 0 and maxrand
gameResults();
}
void gameResults()
{
if (life <= 0)
// if player has no more life then he lose
{
mark=0;
cout<<"You lose !\n\n";
cout<<"Mark :"<<mark<<endl;
cout<<"The Secret Number is :"<<b<<endl;
cout<<endl;
startGame();
}
cout<<"Enter Your Guess:";
cin>>a; // read user's number
if ((a>maxrand) || (a<0)) // if the user number isn't correct, restart
{
cout<<"Error : Number not between 0 and "<<maxrand;
gameResults();
}
if (a==b)
{
if(life==5)
{
mark=6;
cout<<"YOU WIN !\n\n"; // the user found the secret number
cout<<"Mark :"<<mark<<endl;
cout<<endl;
startGame();
}
else if(life==4)
{
mark=5;
cout<<"YOU WIN !\n\n"; // the user found the secret number
cout<<"Mark :"<<mark<<endl;
cout<<endl;
startGame();
}
else if(life==3)
{
mark=4;
cout<<"YOU WIN!\n\n"; // the user found the secret number
cout<<"Mark :"<<mark<<endl;
cout<<endl;
startGame();
}
else if(life==2)
{
mark=3;
cout<<"YOU WIN !\n\n"; // the user found the secret number
cout<<"Mark :"<<mark<<endl;
cout<<endl;
startGame();
}
else if(life==1)
{
mark=2;
cout<<"YOU WIN !\n\n"; // the user found the secret number
cout<<"Mark :"<<mark<<endl;
cout<<endl;
startGame();
}
}
else if (a>b)
{
cout << "HIGH\n";
life = life - 1; // -1 to the user's "life"
gameResults();
}
else if (a<b)
{
cout << "LOW\n";
life = life - 1;
gameResults();
}
}
Di Sebalik Alunan Ada Rahsianya.....
Pages
Masa Itu Emas
About Me
Blog2 Sahabat
-
-
-
10 Tips to Study Better and Remember Easily13 years ago
-
-
-
Followers
Labels
- C++ Programming (1)
- Career n Leadership (1)
- Diary Of My Life (1)
- Kisah Teladan (2)
- Motivasi (1)
- RMUTP (1)
- Tazkirah (5)
- Technology (3)
copyright@MaDaNi. Powered by Blogger.
Its open now!! register your little brother and sister!
Bismillah ar-rahman ar-rahim..
PENDAFTARAN UNTUK KHEMAH IBADAH 2010
KINI DIBUKA!!
DIADAKAN DI
UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
BERTARIKH
19 DISEMBER — 23 DISEMBER 2010
TERBUKA KEPADA ADIK-ADIK / ANAK-ANAK
LELAKI & PEREMPUAN
BERUMUR LINGKUNGAN 10—15 TAHUN
RM 150
SEORANG
SAHAJA
Pengenalan Program:
Mempunyai anak-anak yang soleh adalah impian dan harapan setiap pasangan suami isteri. Hanya doa anak-anak soleh sahaja yang dapat menolong kedua ibu bapanya di alam barzakh. Dalam pembentukan sesebuah keluarga cemerlang sudah tentu ahli-ahlinya perlu mempunyai ciri-ciri muslim; dimana kedua ibu bapa menjadi role model kepada anak-anak berasaskan prinsip Islam.
BORANG PENDAFTARAN DISEDIAKAN BERSAMA E-MAIL INI..
SEBARANG PERSOALAN, SILA HUBUNGI:
EN ADILEY (05-3688503)
Alamat Urusetia :
Pejabat Unit Pentadbiran Masjid
Universiti Teknologi PETRONAS
Bandar Seri Iskandar,
31750 Tronoh, Perak
Alamat Urusetia :
Pejabat Unit Pentadbiran Masjid
Universiti Teknologi PETRONAS
Bandar Seri Iskandar,
31750 Tronoh, Perak
Mimpi Dan Impian Untuk Berjaya
Penghujung tahun adalah musim peperiksaan. Dalam bidang akademik, para pelajar sekolah dan universiti selalunya sibuk menelaah pelajaran masing-masing. Mereka yang belajar secara konsisten akan melalui masa ulang kaji dengan bersahaja.
Sebaliknya, mereka yang baru membuka buku pada saat-saat akhir akan mengalami huru hara perasaan. Tidak tahu buku apa yang hendak digagau dahulu, bab mana yang hendak dibelek dan fakta mana yang perlu difahami. Kismis pandai yang dikunyah dan air penerang hati yang digogok tidak akan membantu mereka yang mengulangkaji pada waktu kecederaan kecuali hanya mengembungkan perut semata-mata.
Dalam sektor pekerjaan juga, penghujung tahun adalah waktu ketua dan majikan menilai prestasi pekerja masing-masing. Maka staf yang sentiasa menepati waktu, menyiapkan kerja dan amanah tidak perlu berlakon rajin. Malah, mereka tidak peduli pun apa yang sedang dinilai oleh bos mereka. Baik atau buruk penilaian itu tidak akan menjejaskan minat mereka yang berprestasi tinggi untuk terus bekerja seperti biasa.
Berbeza dengan para pekerja yang malas dan culas. Apabila tiba musim penilaian prestasi, dia akan datang awal dan tidak tercongok di depan mesin perakam waktu bila masa pulang sudah menjelang. Dia akan ceria di sepanjang hari, buat-buat sibuk, sedangkan dia hanya menyibuk. Yang penting, keramahannya sebenarnya adalah sebuah drama untuk tatapan bosnya agar dia disenangi dan diingati. Mudah-mudahan (sememangnya dia mengambil jalan mudah) bosnya akan jadi pemurah untuk memberinya kenaikan gaji dan pangkat.
Begitulah bezanya di antara mereka yang hanya bermimpi dan mereka yang mempunyai impian. Yang bermimpi hanya memasang angan-angan. Jika dia calon SPM, bayangannya adalah keputusan 10A1 buat dirinya terpampang di papan kenyataan sekolah. Jika dia siswa, khayalannya ialah keputusan GPA 4.0 yang tentu sekali bersama Anugerah Dekan. Malangnya, oleh kerana ia bayangan dan khayalan, mimpi mereka akan bertukar menjadi igauan apabila keputusan diperolehi dan realiti menjengah di depan matanya.
Untuk yang berimpian pula, kerajinan sudah menjadi resminya, kesungguhan itulah karakternya dan kecemerlangan adalah tabiatnya. Dia manusia realistik kerana kejayaannya dibina, bukannya dikejar. Oleh kerana kejayaannya dibina, ia kukuh berpijak di bumi nyata. Jika dia mengejar kejayaan, kejayaan itu sendiri akan semakin jauh seperti pelangi yang tidak mungkin digapai.
Senyuman Siti Nurhaliza sambil bernyanyi dengan suara yang lantang tampak begitu bersahaja. Tidak kelihatan urat timbul di lehernya, kerut dahinya, cemik wajahnya kerana pasti dia sudah melalui latihan demi latihan secara konsisten. Kita tidak tahu pantang makan minumnya untuk menjaga suara, cukup atau tidak tidurnya demi menjaga stamina, rasa kecewanya kerana tidak dapat mengingat lirik lagu-lagu terbaru untuk malam persembahan. Namun, apa yang terpamer ketika persembahan ialah kerehatan di wajahnya.
Sengih tokoh politik yang menjawab dengan tenang bila berdepan dengan soalan-soalan nakal wartawan, atau amaran dari ahli-ahli akar umbi partinya, mahupun jerkah seorang wakil orang kampung di dalam majlis dialog adalah hasil daripada latihannya untuk memahami kerenah manusia. Mana kita tahu betapa hatinya sesak menelan dengan segala umpat dan fitnah, tidur-tidur ayamnya memikirkan masalah yang diperjuangkan dan keluhannya bila membuat keputusan yang tidak popular?
Tokoh korporat, panglima tentera, doktor, peguam, akauntan, jurutera, arkitek, profesor, pentadbir, aktivis NGO, guru, malah kerani yang berjaya biasanya mempamerkan peribadi yang tenang dan menyenangkan mereka yang berurusan dengan mereka. Tiada nampak kesukaran di wajah mereka. Yang paling ketara, orang-orang yang berjaya kerana membina kejayaan biasanya akan mempunyai masa untuk kita. Seolah-olah dirinya tidak sibuk dengan urusan lain kecuali melayani kita sahaja.
Kerana itu, kejayaan seseorang mahupun organisasi tidak boleh ditiru begitu-begitu sahaja. Jika kejayaan ditiru, ia tidak akan kekal lama. Tidak kiralah sama ada kejayaan menguruskan badan seperti duta makanan diet, menjadi pelakon popular, pemain bolasepak terkenal ataupun seorang novelis prolifik. Oleh kerana ia hanya tiruan, kejayaan yang diperoleh biasanya hanya sekejap. Puncaknya hanya dapat disentuh seketika sahaja hari ini. Pada hari esoknya, dia akan menggelongsor ke tempat asal.
Malang sekali, apabila kita lihat seseorang individu itu berjaya menjadi penyanyi misalnya, maka berduyun-duyunlah mereka yang ingin menirunya. Atau apabila terdapat sebuah syarikat berjaya memasarkan sesebuah produk dengan pendapatan berjuta ringgit, akan muncullah syarikat-syarikat yang menggunakan formula yang sama. Banyak syarikat begitu yang tumbuh seperti cendawan. Padahal, apa yang tumbuh seperti cendawan akan cepat mati seperti cendawan juga!
Pendek kata, mana ada jalan pintas untuk berjaya? Malah, jika kita gunakan segala pengaruh, kuasa dan wang untuk memasuki lebuh raya kejayaan, ia pasti dihalangi dengan pelbagai tol kerenah yang bukan-bukan sebagai imbuhan.
Justeru itu, janganlah bermimpi untuk berjaya. Sebaliknya kita mesti memasang impian. Ini adalah kerana, mimpi dan impian adalah dua mode minda yang berbeza!
Sebaliknya, mereka yang baru membuka buku pada saat-saat akhir akan mengalami huru hara perasaan. Tidak tahu buku apa yang hendak digagau dahulu, bab mana yang hendak dibelek dan fakta mana yang perlu difahami. Kismis pandai yang dikunyah dan air penerang hati yang digogok tidak akan membantu mereka yang mengulangkaji pada waktu kecederaan kecuali hanya mengembungkan perut semata-mata.
Dalam sektor pekerjaan juga, penghujung tahun adalah waktu ketua dan majikan menilai prestasi pekerja masing-masing. Maka staf yang sentiasa menepati waktu, menyiapkan kerja dan amanah tidak perlu berlakon rajin. Malah, mereka tidak peduli pun apa yang sedang dinilai oleh bos mereka. Baik atau buruk penilaian itu tidak akan menjejaskan minat mereka yang berprestasi tinggi untuk terus bekerja seperti biasa.
Berbeza dengan para pekerja yang malas dan culas. Apabila tiba musim penilaian prestasi, dia akan datang awal dan tidak tercongok di depan mesin perakam waktu bila masa pulang sudah menjelang. Dia akan ceria di sepanjang hari, buat-buat sibuk, sedangkan dia hanya menyibuk. Yang penting, keramahannya sebenarnya adalah sebuah drama untuk tatapan bosnya agar dia disenangi dan diingati. Mudah-mudahan (sememangnya dia mengambil jalan mudah) bosnya akan jadi pemurah untuk memberinya kenaikan gaji dan pangkat.
Begitulah bezanya di antara mereka yang hanya bermimpi dan mereka yang mempunyai impian. Yang bermimpi hanya memasang angan-angan. Jika dia calon SPM, bayangannya adalah keputusan 10A1 buat dirinya terpampang di papan kenyataan sekolah. Jika dia siswa, khayalannya ialah keputusan GPA 4.0 yang tentu sekali bersama Anugerah Dekan. Malangnya, oleh kerana ia bayangan dan khayalan, mimpi mereka akan bertukar menjadi igauan apabila keputusan diperolehi dan realiti menjengah di depan matanya.
Untuk yang berimpian pula, kerajinan sudah menjadi resminya, kesungguhan itulah karakternya dan kecemerlangan adalah tabiatnya. Dia manusia realistik kerana kejayaannya dibina, bukannya dikejar. Oleh kerana kejayaannya dibina, ia kukuh berpijak di bumi nyata. Jika dia mengejar kejayaan, kejayaan itu sendiri akan semakin jauh seperti pelangi yang tidak mungkin digapai.
Kejayaan Dicipta, Bukan Nasib
Lihatlah mereka yang sebenar-benarnya berjaya. Kejayaan mereka dicipta. Ia bukannya nasib. Dari segi zahir, kejayaan yang diperoleh tampak begitu senang dan mudah. Padahal, segala derita sengsara, duka nestapa dan peluh bersama air mata darah telahpun dihadapi dengan sabar, reda dan pasrah.Senyuman Siti Nurhaliza sambil bernyanyi dengan suara yang lantang tampak begitu bersahaja. Tidak kelihatan urat timbul di lehernya, kerut dahinya, cemik wajahnya kerana pasti dia sudah melalui latihan demi latihan secara konsisten. Kita tidak tahu pantang makan minumnya untuk menjaga suara, cukup atau tidak tidurnya demi menjaga stamina, rasa kecewanya kerana tidak dapat mengingat lirik lagu-lagu terbaru untuk malam persembahan. Namun, apa yang terpamer ketika persembahan ialah kerehatan di wajahnya.
Sengih tokoh politik yang menjawab dengan tenang bila berdepan dengan soalan-soalan nakal wartawan, atau amaran dari ahli-ahli akar umbi partinya, mahupun jerkah seorang wakil orang kampung di dalam majlis dialog adalah hasil daripada latihannya untuk memahami kerenah manusia. Mana kita tahu betapa hatinya sesak menelan dengan segala umpat dan fitnah, tidur-tidur ayamnya memikirkan masalah yang diperjuangkan dan keluhannya bila membuat keputusan yang tidak popular?
Tokoh korporat, panglima tentera, doktor, peguam, akauntan, jurutera, arkitek, profesor, pentadbir, aktivis NGO, guru, malah kerani yang berjaya biasanya mempamerkan peribadi yang tenang dan menyenangkan mereka yang berurusan dengan mereka. Tiada nampak kesukaran di wajah mereka. Yang paling ketara, orang-orang yang berjaya kerana membina kejayaan biasanya akan mempunyai masa untuk kita. Seolah-olah dirinya tidak sibuk dengan urusan lain kecuali melayani kita sahaja.
Kerana itu, kejayaan seseorang mahupun organisasi tidak boleh ditiru begitu-begitu sahaja. Jika kejayaan ditiru, ia tidak akan kekal lama. Tidak kiralah sama ada kejayaan menguruskan badan seperti duta makanan diet, menjadi pelakon popular, pemain bolasepak terkenal ataupun seorang novelis prolifik. Oleh kerana ia hanya tiruan, kejayaan yang diperoleh biasanya hanya sekejap. Puncaknya hanya dapat disentuh seketika sahaja hari ini. Pada hari esoknya, dia akan menggelongsor ke tempat asal.
Menjejaki Daya, Bukan Meniru Gaya
Yang penting untuk berjaya ialah menjejaki daya mereka yang berjaya, bukannya meniru gaya mereka yang telah berjaya. Akibat hanya meniru gaya, kita hanya memperoleh kulit kejayaan. Sebaliknya bila kita meniru daya orang yang berjaya, kita akan memperoleh isi kejayaan itu sendiri.Malang sekali, apabila kita lihat seseorang individu itu berjaya menjadi penyanyi misalnya, maka berduyun-duyunlah mereka yang ingin menirunya. Atau apabila terdapat sebuah syarikat berjaya memasarkan sesebuah produk dengan pendapatan berjuta ringgit, akan muncullah syarikat-syarikat yang menggunakan formula yang sama. Banyak syarikat begitu yang tumbuh seperti cendawan. Padahal, apa yang tumbuh seperti cendawan akan cepat mati seperti cendawan juga!
Pendek kata, mana ada jalan pintas untuk berjaya? Malah, jika kita gunakan segala pengaruh, kuasa dan wang untuk memasuki lebuh raya kejayaan, ia pasti dihalangi dengan pelbagai tol kerenah yang bukan-bukan sebagai imbuhan.
Justeru itu, janganlah bermimpi untuk berjaya. Sebaliknya kita mesti memasang impian. Ini adalah kerana, mimpi dan impian adalah dua mode minda yang berbeza!
My Current Knowledge Resources!!!(UTP)
Tanggal 16 Januari 2010(Jan 10 Intake),aku mula enrollkan diriku ini ke satu tempat yang mane aku dah lame ingin2kan sebelum ini...Berbekalkan dengan result trial SPM 2009 yang x seberapa n lulus interview mase EduCamp,aku telah ditawarkan untul menyambung pengajian di sini..Universiti Teknologi Petronas!!....situated at Tronoh,Perak.....x pernah ku dengar nama tempat Tronoh ni sblum ni,klau Teronto aku tahu la kat Canada bkannye kat dalam UM(bt2 paham)....,tapi xpelaaahhh,,,,janji aku dah dapat kira dah bersyukur sangat2 dah.
Dalam offer letter,aku diofferkan dgn programme Business Information System @ kat cni diorang panggil BIS....Foundation setahun n Degree 3 years n half!!(nasib baik coz student engineer 4 tahun) Maklumlah!nasib baik dapat 1st Choice...heheh....n sponsornye.....(dalam hati aku dah terbayang Petronas akan sponsor) but sebaliknya terjadi Tajaan : Persendirian...hahha....nak ketawa pun ade n nak sedih+kecewa pun ade jgak...tapi xpelah "You Can Do It,Asram!!"(sayup2 kedengaran)said mak aku....perbelanjaan xpe mak n ur siblings akan tanggung...Tugas adik pergi belajar je and jadi insan yang cemerlang pada agama,bangsa,n negara....hati sape yang x sengat Beb kalu org ckap cm2..huhu
First day menjejakkan kakiku ini ke bumi UTP sangat pelik rasenye coz in UTP kita bleh tgk mcm2 manusia dtg dari berbagai2 negara di seluruh dunia....then,aku pergi register student and hostel kat canselor complex(undercroft)..unfortunately,aku dapat room8 ex-skulmate aku...his name is Moosaa,the.........diye ni lagi(yg e2 nanti aku cerita lagi)..heheh...adress hostelku V6,Propana,P-01-18..ground floor je...first time aku duk hostel ground floor ni..coz b4 dis mase kat falahiah slalu duk kat 1st@2nd floor je...xpela pengalaman baru org kate...
Hari ini jgaklah bermulanya sesi Minggu Aluan Siswa(MAS) @ in arabic simply call it Ta'aruf Week...hemmm...teringat mase kat Aspurafa dulu...Selepas itu,aku kena menghabiskan seminggu full-time/24 hours non-stop follow up the xtvt2 yg telah diaturkan....aimnya to expose campus life kat student2 baru yg baru masuk same like me lah...
So,pasnie aku akan sambung dengan bnyak lagi xtvt yang menarik along MAS ini...same2 kite tgk nanti yer...first time wrting letih jgak kot!!!!!
CinTa Adam & HaWa(bukan lagu Misha Omar ni)
TAJUK: Kisah Cinta Adam dan Hawa
Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).
Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.
Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.
Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?
Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.
Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.
Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.
Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.
Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu.
Adam terjaga....! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.
Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.
Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.
Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.
Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.
Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.
Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.
Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.
Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.
Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan.
Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa....tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.
Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.
Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.
“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.
“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.
Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.
Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.
Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.
Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru:
“Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”.
Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram.
Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.
Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.
Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.
Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.
Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula.
“Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.
Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.
Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.
Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan?
Itulah yang sedang difikirkan Adam.
Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.
“Bukan!” kata Tuhan.
“Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.
“Bukan!” tegas suara Ghaib.
Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.
Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.
Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).
Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.
Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.
Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”.
(Al-A’raaf: 19).
Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.
Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.
Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”
(Al-Baqarah: 38)

Subscribe to:
Posts (Atom)